assalamualaikum readers.. thanks sudi melawat blog ni.. i am just an ordinary person yg ske kn black forest chocolate..apa yg tertulis di sini adalah semuanya tentang isi hati saya..so,, have fun when you reading my blog n have a nice day.. ♥ ♥ ♥

Tuesday, 22 May 2012

BILA HATI TERLUKA, JIWA MERANA 1

ASSALAMUALAIKUM <3



Andai cinta itu NAFAS, pasti kamu ingin hidup selama-lamanya, andai cinta itu INDAH pasti kamu selalu ingin memandangnya ,namun bila cinta itu LUKA, kamu tidak lagi mempedulikan kepahitan yang terpaksa diharungi. Bahkan cinta kamu semakin MEKAR mewangi terhadap dirinya. hanya SENYUMAN menjadi peneman di kala kamu kesedihan.

Arghh ! Sakit hati betul dengan si dia, aku juga yang dipersalahkan, semuanya tidak kena. Apa salah aku? Kadangkala kamu sendiri bingung dan keliru bukan? Setiap hari kamu dihadiahkan dengan tangisan dan kelukaan. Kata-kata yang keluar dari bibirnya betul-betul menghiris perasaan kamu. Sebagai seorang kekasih sudah tentu kamu inginkan perhubungan tersebut berada dalam keadaan baik bukan? Jadi cuba kita selongkar apa yang perlu kamu lakukan.

  • Selami Hati & Perasaan
Huh! Sikit-sikit nak merajuk, menyampah! Ha, kebiasaannya kenyataan ini pasti akan terungkap bila mana si dia mulai BOSAN dengan cara kamu. Sebenarnya si dia TIDAK TAHU dan TIDAK MAHU MENYELAMI HATI dan perasaan kamu. Sekiranya si dia individu yang teliti sudah tentu kamu akan dipujuknya. Sebagai pasangan kekasih, kamu dan si dia perlu belajar untuk memahami di antara satu sama lain. Jangan kamu ingat, si dia sahaja yang perlu memahami kamu bahkan kamu sendiri juga perlu memahami dirinya. Apabila kamu dan si dia saling memahami, permasalahan seperti ini akan berkurangan.


Oleh: EDITORIAL REMAJA
Tarikh: 17 Februari 2012


No comments:

Post a Comment